Download Philips LX8320SA User's Manual
Transcript
Kawalan Bunyi PENTING! Untuk bunyi sekeliling yang sempurna, pastikan speaker dan subwoofer bersambung (lihat muka surat 132). SOUND Pilih kesan bunyi digital pratetap yang sepadan dengan kandungan cakera anda atau yang mengoptimakan bunyi gaya musik yang sedang dimainkan oleh anda. ● Tekan SOUND (BUNYI) untuk memilih kesan bunyi yang ada. VOL +SURR Memilih kesan bunyi digital TREBLE BASS Apabila memainkan cakera tayangan gambar atau di dalam mod TV, anda boleh memilih: CONCERT, DRAMA, ACTION atau SCI-FI. Apabila memainkan cakera musik atau semasa di dalam mod TUNER atau AUX/DI, anda boleh memilih: ROCK, DIGITAL, CLASSIC atau JAZZ. Memilih bunyi sekeliling Bahasa Melayu ● Tekan SURR pada alat kawalan jauh untuk memilih: MULTI-CHANNEL (Berbilang Saluran) atau STEREO ➜ Adanya pelbagai mod bunyi sekeliling bergantung kepada bilangan speaker yang digunakan dan bunyi yang ada pada cakera. ➜ Speaker tengah dan sekeliling bertindak hanya di dalam mod sekeliling Berbilang saluran. Adanya mod output bagi Berbilang saluran termasuk: Dolby Digital, DTS (Digital Theatre Systems) Surround and Dolby Pro Logic II. ➜ Penyiaran stereo atau rakaman akan menghasilkan sedikit kesan saluran sekeliling apabila dimainkan di dalam mod sekeliling. Walau bagaimanapun, sumber mono (bunyi satu saluran) tidak akan menghasilkan sebarang bunyi dari speaker sekeliling. Panduan Berguna: – Untuk output bunyi yang rata, pilih CONCERT atau CLASSIC. Melaras paras Bass/Treble Ciri BASS (nada rendah) dan TREBLE(nada tinggi) membolehkan anda untuk mendefinisikan penetapan prosesor bunyi. 1 Tekan BASS atau TREBLE pada alat kawalan jauh. 2 Dalam masa lima saat, gunakan VOL +- untuk melaras paras Bass atau Treble (MIN, -2, -1, 0, +1, +2 atau MAX). ➜ Jika kawalan volum tidak digunakan dalam masa lima saat, ia akan menyambung semula fungsi kawalan volum biasanya. Panduan Berguna: – Butang SURR tidak berfungsi untuk mainan semula SACD. Anda perlu mengakses menu cakera untuk memilih di antara trek berbilang saluran dan stereo, lihat muka surat 151. – Anda tidak boleh memilih mod bunyi surround jika menu penetapan sistem dibuka. 162 128-171-LX8320-69-BM 162 3139 115 23251 13/08/2004, 11:31 AM